Tuesday, 11 February 2014
On 00:43 by Azizi Abd Hadi No comments
Alhamdulillah dengan kehendak Allah SWT hari ini saya baru selesai memberi perkhidmatan terapi BEKAM SUNNAH kepada seorang Ahlul Bait (Keturunan Rasulullah SAW).
Saudara Syed Z dari Bukit Baru, Melaka yang selama ini membaca kitab-kitab mengenai amalan BEKAM Rasulullah SAW dan ingin benar mengamalkan sunnah hebat ini.
Hari ini apabila bersama-sama rakannya bersarapan pagi, beliau menanyakan rakannya di manakah hendak berbekam di Melaka?
Dengan izin Allah SWT seorang India yang berada di situ telah memberi tahu beliau, bahawa ada perkhidmatan terapi BEKAM berhadapan Masjid Pengkalan Rama,Melaka.
Inilah kehebatan Allah SWT, apabila seorang hambanya yang diberikan hidayah dan hendak berkehendak mengamalkan sunnah kekasihnya. Allah SWT akan mempermudahkan dan memperkenankan doanya.
Beliau memaklumkan kepada saya, dengan izin Allah SWT, bulan hadapan di akan berbekam lagi dan amalan sunnah ini akan diamalkan secara konsisten.
Saya doakan agar beliau mendapat Rahmat dari Allah SWT dan kesembuhan dari segala penyakit dengan mengamalkan BEKAM SUNNAH. ini..AMin.
Monday, 10 February 2014
On 17:56 by Azizi Abd Hadi No comments
Tubuh manusia telah mengalami evolusi berjuta-juta tahun. Kewujudan kita pada hari ini adalah hasil daripada kemampuan tubuh kita menangani berjuta mikrob bakteria, virus dan kulat yang berkongsi hidup di dunia dengan kita.
Tubuh kita mampu bertahan daripada serangan mikrob yang berpotensi menyebabkan penyakit kerana imun kita dapat mengenal pastinya dan menghasilkan antibodi untuk menghapuskannya dari tubuh apabila ia melebihi paras seimbang.
Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari betapa berkuasanya mekanisme pertahanan dalaman kita dan keberkesanannya dalam menangani penceroboh yang boleh menjadikan kita jatuh sakit.
Malah menurut penyelidikan perubatan terkini, satu-satunya protein yang diketahui mampu melindungi manusia daripada AIDS terdapat dalam air liur kita!

Ramai orang menyangkakan sistem imun hanya berkaitan dengan AIDS. Pesakit AIDS tidak meninggal dunia secara lansung kerana kuman AIDS, tetapi daripada sistem imun yang lemah (tidak berupaya untuk menentang pneumonia dan jangkitan).
Atau pun ia hanya timbul dalam fikiran apabila seseorang itu berfikir tentang kegagalan pemindahan organ (yang disebabkan oleh penolakan sistem imun terhadap organ yang dipindahkan)
Apakah sistem imun?
• Bahagian yang boleh dilihat – seperti kulit, air mata, air liur dan lendir daripada mulut, hidung dan paru-paru.
• Bahagian utama yang tidak boleh dilihat – seperti timus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel darah putih, antibodi, sistem pelengkap (seperti protein yang bekerja dengan antibodi) dan hormon.
Semua bahagian sistem imun ini bertindak sebagai penghalang penceroboh virus, bakteria, kulat, cacing dan parasit lain yang memasuki tubuh melalui kulit, hidung, mulut atau bahagian tubuh lain dan menyebabkan penyakit berjangkit.
Sistem imun kita sangat meluas dan bergerak lancar, bukan dibawah kawalan organ pusat seperti otak, tetapi melalui rangkaian maklumat kompleks yang beroperasi di kalangan setiap ahlinya. Terdapat 10 kali ganda bilangan sel-sel dalam sistem imun berbanding dengan sistem saraf anda, dan ia mengeluarkan kira-kira 40 agen imun yang berbeza untuk melindungi anda daripada penyakit.
Beberapa hal sederhana yang dapat dilakukan untuk meningkatkan daya tubuh anda, antara lainnya seperti berikut:
1. Hindari penggunaan antibiotik yang berlebihan dan tidak rasional kerana dapat mengakibatkan mudah diserang penyakit lebih lama, dan juga sulit diatasi kerana kuman telah kebal.
2. Tidur yang cukup. Kurang tidur dapat mengakibatkan keburukan kepada daya tahan tubuh.
3. Hindari alkohol, rokok dan narkoba.
4. Hindari berdekatan dengan perokok (menjadi perokok pasif)
5. Mengamalkan air mineral 2 liter setiap hari.
6. Amalkan makanan yang baik dan seimbang.
7. Mencuci tangan sehingga bersih menggunakan sabun dan air yang mengalir.
8. Mendapat secukupnya sinaran matahari dan udara segar yang bersih.
9. Senaman yang teratur.
10. Mengendalikan emosi dan stress secara positif. 11. Bekerja dan beristirehat secara seimbang. Biasakan untuk tidur malam 7 hingga 8 jam setiap hari.
Bagaimana sistem imun berfungsi?
Kita mendapat penyakit daripada bakteria seperti kuman dan virus. Sesetengah bakteria tidak berbahaya atau bermanafaat (jutaan bakteria dalam usus mambantu penghadaman makanan), tetapi banyak yang menjadi berbahaya apabila masuk ke dalam tubuh atau aliran darah.
Apabila virus atau bakteria memasuki tubuh anda dan membiak, ia menghasilkan kesan sampingan yang menjadikan anda sakit. Contohnya, bakteria Streptokus menyebabkan radang tekak. Virus Polio pula membebaskan toksin yang memusnahkan sel-sel saraf dan menyebabkan kelumpuhan.

Jangkitan virus dan bakteria merupakan punca biasa penyakit. Contohnya selsema, campak, beguk, malaria dan AIDS. Tugas utama imun ialah melindungi anda daripada jangkitan virus, bakteria dan jangkitan lain seumpamanya. Ia melindungi anda melalui tiga cara utama:
• Ia membentuk rintangan yang mencegah bakteria dan virus daripada memasuki tubuh.
• Jika bakteria atau virus memasuki tubuh, sistem imun cuba mengesan dan menyinkirkannya sebelum ia boleh menyesuaikan diri dan membiak.
• Jika virus dan bakteria membiak dan mula menimbulkan masalah, sistem imun juga boleh menggesan kanser pada peringkat awal dan menyingkirkannya.
Kenapa doktor merahsiakannya.
Jika punca segala penyakit bergantung kepada imun sistem, kenapakah doktor tidak memberitahu kita mengenainya?
Sebaliknya doktor hanya memberikan ubat dan vitamin tiruan secara berlebihan. Golongan perubatan kurang memandang berat terhadap pemakanan dan gaya hidup kerana mereka diajar tentang campur tangan dan ubat-ubatan.

Kesedaran bahawa penyakit bergantung kepada sistem imun yang lemah tidak mendapat tempat kerana keseluruhan industri perubatan mengandaikan bahawa ubat yang boleh menyembuhkan penyakit dan terlalu banyak telah dilaburkan di dalam industri farmaseutikal untuk menyokong andaian yang salah ini.
Memandangkan industri perubatan mempunyai kepentingan yang besar dalam mempertahankan yang besar dalam mempertahankan andaian yang salah itu dan terlalu mementingkan usaha untuk mengembangkan terapi ubat yang menguntungkan. Kebenaran tentang penyakit dan keimunan selalunya tidak dimaklumkan.
Sistem imun adalah pertahanan awal melawan ancaman penyakit dan ganguan luar terhadap ketahanan badan.
Oleh itu, tingkatkan sistem imun anda bagi pencegahan awal, pemulihan penyakit dan kesempurnaan badan dengan mengamalkan BEKAM SUNNAH yang terbukti 100% sebagai satu amalan Rasulullah SAW yang perlu diamalkan secara konsisten untuk pencegahan penyakit kronik.
Sunday, 9 February 2014
On 17:15 by Azizi Abd Hadi No comments
MENCINTAI Rasullullah SAW mestilah disertai dengan mengikuti sunnah baginda. - Gambar hiasan.
ALHAMDULILLAH saya rafakkan setinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya dapat memberi sumbangan artikel tafsir dalam ruangan di Mega, Utusan Malaysia ini. Artikel ini dan seterusnya masih lagi berkaitan dengan Rasulullah SAW. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan juga keluarganya.
Antara syarat mengzahirkan cinta kepada Allah SWT hendaklah mengikut Nabi Muhammad SAW. Hal ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. (ali-Imran: 31)
Ibnu Kathir dalam tafsirnya berkata: "Ayat pemutus bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah SWT tetapi tidak menempuhi jalan Muhammad SAW, bahawa dia ialah pembohong dalam pengakuan cintanya itu sehingga dia mengikuti syariat dan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya."
Sayyid Qutub dalam kitabnya, Fi Zilal al-Quran berkata: "Cinta kepada Allah SWT bukannya dakwaan dengan lisan dan bukannya kerinduan hati semata-mata, malah mestilah disertai dengan mengikuti sunnah Rasulullah SAW, berjalan mengikut hidayatnya dan mengamalkan sistem hidupnya di dalam kehidupan. Keimanan juga bukan kalimah-kalimah yang diucapkan dan bukannya perasaan-perasaan yang berkobar-kobar dan bukan pula syiar-syiar yang diada-adakan, tetapi keimanan itu ialah ketaatan kepada Allah dan Rasul dan mengamalkan sistem hidup yang diatur oleh Allah SWT dan yang dibawa oleh Rasulullah SAW."
Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya berkata mengenai ayat yang pertama: "Ayat yang mulia ini menghukumkan setiap orang yang mendakwa kasihkan Allah SWT, sedangkan dia tidak mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, bahawa dia sebenarnya dusta sehingga dia mengikut syariat Muhammad dan agama Nabi-Nya dalam segala tutur kata dan amalan-amalannya, sebagaimana telah sabit di dalam sebuah hadis yang sahih daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang megerjakan sesuatu amalan yang tidak disahkan oleh agama kami, maka amalan itu adalah ditolak. (riwayat Muslim)
Mencintai Baginda Rasulullah SAW tiada khilaf di kalangan ulama, hukumnya adalah wajib, bahkan ia termasuk dalam kesempurnaan iman.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidak beriman seseorang kamu, sehingga aku lebih dicintainya daripada bapa, anak dan manusia kesemuanya. (riwayat al-Bukhari)
Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah SAW: Engkau wahai Rasulullah SAW adalah lebih aku cintai daripada semua perkara melainkan diri aku sendiri." Maka Rasulullah SAW berkata: "Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada dirinya sendiri." Umar berkata: "Demi Tuhan yang menurunkan al-Kitab engkau adalah lebih aku cintai daripada diri aku sendiri." Baginda berkata kepada Umar: "Sekarang engkau beriman wahai Umar! (riwayat al-Bukhari)
Diriwayatkan daripada Ali r.a telah berkata: "Rasulullah SAW adalah lebih kami cintai daripada harta, anak-anak, bapa-bapa, ibu-ibu dan daripada air nyaman di waktu dahaga." (riwayat Qadi Iyad di dalam Kitab al-Syifaâ)
Semoga artikel yang kecil dan ringkas ini menjelaskan kepada kita hakikat cinta kepada Rasulullah SAW dan layak kita meraih syurga-Nya. Amin.
SUMBER: UTUSAN
On 17:02 by Azizi Abd Hadi No comments
Antara kaedah perubatan ialah berbekam. Ada orang kata berbekam itu membatalkan puasa?
JAWAPAN:
Berbekam ialah proses mengeluarkan darah daripada badan dan kepada dengan kaedah tertentu. Nabi s.a.w. sendiri berbekam ketika berpuasa.
Ibnu Abbas berkata: Dan Nabi s.a.w. berbekam sedangkan Baginda berpuasa. (riwayat Bukhari)
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika proses berbekam ditangguhkan kepada malam hari.
Ini kerana ada riwayat hadis menyebut bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Berbuka (batal puasa) tukang bekam dan orang yang berbekam. (riwayat Bukhari)
* Petikan daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang PUASA Tapi Anda Malu Bertanya, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.
On 06:29 by Azizi Abd Hadi No comments
Dalam suatu kesempatan , seperti sering terjadi , Iblis datang menemui Rasulullah SAW . Setelah mengetahui kedatangannya , Rasulullah bertanya tentang permintaan Iblis pada Allah SWT :
" Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu ? "
" 10 macam . "
" Apa saja ? "
1 . Pertama , " Aku minta agar Allah membiarkanku berkongsi dalam harta dan anak manusia , Allah mengizinkan . Harta yang tidak dizakatkan , aku makan darinya . Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba .
Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah . " Tentang permintaan Iblis ini , Allah berfirman , " Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak . Dan janjikanlah mereka , tidaklah janji syaitan kecuali tipuan . " ( QS Al - Isra : 64 ) .

2 . Kedua , " Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung kepada Allah . " Maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan mudah patuh kepada bisikan syaitan .
3 . Ketiga , " Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal . "
4 . Keempat , " Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku . "
5 . Kelima , " Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai (masjid) ku . "
6 . Keenam , " Aku minta agar Allah menjadikan syairmusik dan nyayian sebagai (Qur'an) ku .
7 . Ketujuh , " Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku . "
8 . Kelapan , " Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Dia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku .
" Allah berfirman , " Orang - orang yang boros adalah saudara - saudarasyaithan . "
(QS Al - Isra : 27 )
9 . Kesembilan , " Wahai Muhammad , aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku . "
10 . Kesepuluh , " Aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia . Allah menjawab , " sila " , aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat . Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat . "
Iblis berkata : " Wahai Muhammad , aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun , aku hanya boleh membisikan dan menggoda .
" Jika aku boleh menyesatkan , tidak akan tertinggal seorang pun . Sebagaimana dirimu , kamu tidak boleh memberi hidayah sedikit pun , engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.
Jika kau boleh memberi hidayah , tidak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini .
Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara . Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya . Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.
Rasulullah SAW lalu membaca ayat : " mereka akan terus berselisih kecuali orang yang di rahmati oleh Allah SWT " ( QS Hud : 118 - 119 ) .
Juga membaca , " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku " ( QS Al - Ahzab : 38 )
Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah di tentukan dan pena takdir telah kering . Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para Nabi dan Rasul , pemimpin penduduk syurga , dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk - makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka . Aku si celaka yang terusir . Ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu .

On 03:55 by Azizi Abd Hadi No comments
Yang berani untuk berbekam, hanya pilihan Allah SWT sahaja...
Iblis, syaitan, dan jin akan masuk melalui darah manusia untuk merosakkan jasmani dan rohani anak Adam.
Apabila sudah sebati dalam tubuh seseorang itu, maka untuk membuangnya adalah satu perkara yang amat susah dan pelbagai alasan diberikan oleh sang manusia.
Iblis, syaitan, dan jin yang bersarang dalam tubuh manusia itu tadi akan menghasut sang manusia agar dirinya akan terus berada dalam tubuh.
Iblis, syaitan, dan jin mengalir dalam tubuh manusia melalui aliran darah hingga membisik hati dan dada, mengganggu dengan sesuatu yang melalaikan orang itu dari amal soleh, sehingga melupakannya pekerjaan apa yang dilakukannya dan apa yang hendak dikerjakannya, orang itu tidak tahu di mana Jin itu dan mengapa hal itu terjadi.
Dari Shafiah binti Huyai, isteri Rasulullah SAW, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya syaitan itu mengalir pada anak Adam di tempat aliran darah." (HR. Bukhari)
Apabila sebut sahaja AL-HIJAMAH atau dikenali BEKAM SUNNNAH, sang manusia yang bersarangkan Iblis, syaitan, dan jin akan memberi seribu satu alasan untuk berbekam.
Yang sudah buat temujanji dan apabila tiba masanya, sms tidak berbalas dan bila hubungi sudah tidak berjawab lagi.
Kebanyakkan yang datang untuk bekam adalah yang diberikan hidayah oleh ALLAH swt sahaja untuk kesembuhan jasmani dan rohani untuk kita lebih dekat dengan Zat Allah Maha Agong...
Saturday, 8 February 2014
On 06:23 by Azizi Abd Hadi No comments
Lenguh menurut kamus dewan edisi keempat bermaksud tidak bertenaga atau tidak bermaya utk berbuat sesuatu; letih; lesu: Bekerja sedikit sudah ~. melenguhkan menyebabkan menjadi lenguh; melesukan; meletihkan: Mengangkat barang yg berat-berat ~ badan. kelenguhan keadaan lenguh; keletihan; kepenatan.
Tidak kira apa pun tafsiran perkataan lenguh, anda yang sering mengalaminya pasti berasa tidak selesa tiap kali menghadapi situasi itu.
Selain kaedah urutan, anda disarankan untuk berbekam terus di tempat yang berasa lenguh itu dan anda akan berasa selesa serta merta selepas sesi berbekam.
Adalah diingatkan, keadaan lenguh ini akan kembali menyerang semula di satu ketika kerana kita sebagai manusia sememangnya banyak tugasan yang perlu diselesaikan untuk terus hidup.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(24)
-
▼
February
(15)
- AHLUL BAIT HIDUPKAN BEKAM SUNNAH
- SISTEM IMUNISASI ATAU KETAHANAN BADAN ADALAH PENYE...
- HAKIKAT CINTA RASULULLAH
- BERBEKAM DI BULAN PUASA
- 10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA RASULULLAH
- BERBEKAM ATAS PILIHAN ALLAH SWT
- BEKAM SUNNAH MEMBANTU MELEGAKAN LENGUH-LENGUH BADAN
- SAUDARA BARU BEKAM IKUT SUNNAH RASULLULLAH SAW
- APAKAH KANDUNGAN DARAH BEKAM?
- PENELITIAN BEKAM DI SYRIA
- BEKAM "GELI-GELI SAHAJA"
- MEMAHAMI ERTI BEKAM SUNNAH
- PENGAMAL BEKAM IKUT SUNNAH RASULULLAH SAW
- RASULULLAH BERBEKAM KAEDAH PERUBATAN DIHARUSKAN DA...
- BEKAM KURANG RISIKO DIABETES
-
▼
February
(15)